1. Mendengar Kata kata orang dari Agent Takaful sendiri.
Kebanyakkan atau erti kata lain orang ramai lebih suka memdengar kata kata orang dari agent takaful sendiri. Akan tetapi bila masalah sudah timbul baru nak cari agent.
2. Kurang Ilmu tentang Apa itu Takaful.
Boleh dikatakan hampir 100% kaum Cina mempunyai insurance. Adakah mereka senang tipu oleh agent insurance? atau mereka mempunyai kesedaran yang tinggi dalam insurance?
- Membeli perlindungan yang kurang perlu atau low priority.
- Membeli perlindungan yang caruman agak tinggi, ini akan menyukarkan pembeli takaful kemudian hari sekiranya hadapi krisis kewangan
- Membeli perlindungan dan berharap simpanan memberi pulangan yang agak tinggi.
3. Tidak membaca buku policy.
Kebanyakan pembeli policy tidak tahu apa yang dibelinya, berapa coverage dan apa yang dia akan dapat sekiranya menimpa kecelakaan.
Tahukah anda: Anda layak mendapat quotation harga dan consultant FREE sebelum anda membeli takaful. Anda jugak harus membaca balik policy anda. Dan sekiranya anda tidak berpuas hati, anda boleh memulangkan semula dalam tempoh tertentu.
Soalan : Anda tidak tahu apa itu Takaful, latar belakang bukan pendidikan tinggi. Tetapi ingin mendapatkan takaful, namun bagaimana ?
1. Carilah agent Full Time yang menetap tetap dikawasan anda atau mana mana kenalan yang sudah mempunyai agent takaful mereka.
2. Bertanya kepada agent apa yang anda inginkan, meminta agent menerangkan secara details kepada anda. Tanya sampai agent fed-up.
3. Sekiranya anda mendapati caruman bulanan anda tinggi, anda sangsi dengan harga tersebut tanyalah sampai anda berpuas hati.
4. Anda boleh meminta tolong orang ketiga atau mendapat pendapat orang tiga sekiranya anda tidak pasti tentang perlindungan tersebut. Akan tetapi sekiranya anda mendapat jawapan " Janganlah beli takaful itu bohong", Jauhi diri dari mereka, kerana mereka belum tentu menolong kita semasa susah.
"Kawan saya pernah menasihati saya semasa saya membeli cover windscreen (insurance kereta), dia menyuruh saya membeli dengan cover tinggi sebab dia tidak mempunyai duit yang banyak untuk dia pinjamkan ke saya sekiranya berlaku kecelakaan"
Walaupun hanya kes cover windscreen, tapi hayatilah pesanan tersebut.
No comments:
Post a Comment