MEDICAL CARD juga merupakan salah satu Plan Insuran yang direka untuk pampasan perubatan masa kini,perlu sangat kah MEDICAL CARD ini?sedangkan terdapat hospital kerajaan yang mengenakan cas perubatan yang agak murah dan berpatutan.
Terpulang bagaimana kesedaran yang terdapat pada setiap orang,memandangkan kos perubatan yang semakin tinggi masa kini,ada sesetengah keadaan memerlukan kos yang agak tinggi contohnya sakit Jantu ng yang mana setiap pesakit akan mendapat rawatan secara lebih khusus dari INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN) yang mana kos diperlukan agak tinggi,walaupun pesakit asalnya dari hospital kerajaan akan tetapi kos rawatan di IJN perlu ditanggung oleh Pesakit.
Jadi, apa fungsi Medical Card?
Fungsi adalah sebagai perlindungan kepada Bil Hospital Swasta yang tinggi. Dengan MEDICAL CARD, anda mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan tepat. Anda tidak perlu menggunakan akaun saudara mara, akaun Bank, Akaun EPF @ KWSP, Akaun orang ramai untuk melangsaikan Bil Rawatan anda.
Apa yang patut anda ketahui sebelum mempertimbangkan untuk memiliki Medical Card?
a. Had Bilik & Penginapan Hospital– Anda perlu tentukan kos bilik Hospital di kawasan anda. Boleh cek di laman web hospital, berapakah kos harga untuk Room and Board Single Room, Double and Triple. Jadi anda tentukan samada anda ingin memilih pelan untuk Room and Board 200, 300, 500 atau lebih lagi.
b. Co-Payment Takaful . Ada syarikat yang mempunyai co-insurans atau co-takaful sebanyak 10% limit kepada RM500 atau RM1000. Ada juga yang tiada co-takaful langsung. Namun pastinya underwriter Takaful telah bijak menyusun strategi, kalau tiada co-takaful, mereka akan lebihkan kepada caj Tabarru’, kurangkan limit tahunan , kos rawatan sususal cancer serta hemodialisis dan sebagainya. Jadi, Anda tentukan sendiri selepas berbincang dengan agent takaful, mana lebih baik untuk anda.
c. Had Tahunan dan had seumur hidup adalah salah satu factor yang patut anda pertimbangkan untuk menentukan medical card terbaik untuk anda dan keluarga.
d. Had Umur. Maksud saya di sini adlah tempoh maksimum perlindungan. Ada syarikat yang menawarkan had maksimum 70 tahun, 80 tahun, 85,100 tahun. Bukanlah bermakna mengambil had umur sehingga 100 yang terbaik, kerana makin berusia, makin meningkat kos perubatan. Jadi, anda boleh memilih pelan yang secara logiknya berapakah average jangka hayat rakyat Malaysia. Saya sarankan pelan sehingga umur 80 tahun sudah mencukupi.
e. Kos Rawatatan Kanser Pesakit Luar serta Kos Rawatan Dialisis buah pinggang pesakit luar. Ada syarikat yang mengasingkan had rawatan pesakit luar daripada had tahunan, contohnya dengan mengehadkan kos dialysis sehingga RM30,000 saja. Jadi, Klaus ini tersangat penting kerana ramai yang menghidap sakit buah pinggang perlukan rawatan melebihi RM30,000 setahun untuk dialysis.
Sebenarnya banyak lagi perbandingan untuk medical card, anda pastinya boleh mendapatkan maklumat lanjut serta perbandingan terperinci daripada Agent Takaful yang ingin berkongsi maklumat dengan anda,juga berhak untuk mengetahui walaupun tidak berkemampuan untuk memiliki mungkin ketika ini mana tahu masa hadapan anda mempunyai rezeki.
Adakah Masih Sempat Untuk Mengambil Plan Ini Pada Umur 55 @ Selepas Pencen?
Ini Adalah Soalan Biasa Yang Saya Dengar Dari Orang Ramai kerana majikan telah menyediakan medical card sebagai salah satu kemudahan untuk pekerja. Tetapi perlu diingatkan Premium atau jumlah bayaran bulanan akan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.
Sekiranya anda mampu membayar medical card yang mahal sekalipun, permohonan medical card anda akan ditolak kerana anda telah menghidap pelbagai jenis penyakit. Anda mungkin bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP dam ingin menggunakan dana tersebut untuk membeli medical card, tetapi tiada gunanya lagi kerana kemungkinan anda telah menghidapi penyakit sewaktu usia begitu adalah tinggi. Jadi, tiada pilihan lain dan anda terpaksa menggunakan dana persaraan daripada KWSP untuk membayar kos rawatan hospital yang makin lama makin melambung.
*Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk memiliki insurans nyawa dan kad perubatan @ medical card. Jika mereka sihat, tiada masalah. Tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes, permohonan mereka akan ditolak oleh mana-mana Syarikat Takaful atau Insurans. Mengapa mereka ingin memiliki medical kad? Kerana mereka sedang membayar sebanyak RM30,000 setahun untuk bil perubatan hospital mereka.
Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil kad perubatan @ medical card? Mereka menjawab “Selama ini, bil klinikal, bil pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat saya bekerja. Rawatan diabetis saya RM50,000 pun dibayar oleh syarikat”
Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes masih ada. Rawatan masih diperlukan. Sekarang anda mempunyai masalah besar. Tiada mana-mana syarikat insurans pun akan melindungi anda lagi.
Dan yang paling penting kita perlu ingat adakan kita boleh guarantee kita akan bekerja selama-lamanya di syarikat tersebut dan juga adakan performance syarikat akan bertahan sampai bila-bila? Sekiranya syarikat ada masalah kewangan perkara pertama yang akan ditarik balik tentulah manfaat yang diberikan kepada pekerja.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memilih yang sesuai untuk keperluan anda dan keluarga. Saya amat berharap perkongsian ini dapat member manfaaat, dan saya amat berbesar hati untuk memberikan khidmat nasihat yang terbaik secara percuma untuk anda bagi membuat keputusan untuk memilih yang memenuhi keperluan anda dan keluarga. InsyaAllah.
Perancangan Kewangan Anda,Anda Tentukan.
Prudential BSN Takaful.
Zulkhairi B Man.016-405 5789.
No comments:
Post a Comment