Saturday, November 19, 2016

MLTT (Mortgage Level Term Takaful) - Takaful Prudential BSN

==PruBSN Takaful Rumahku==




Lindungi Aset Keluarga Anda Yang Paling Bernilai 

1) Apakah pelan PruBSN Takaful Rumahku? 
- Takaful Rumahku adalah pelan perlindungan am bagi bangunan kediaman yang merangkumi bangunan, barangan isi rumah serta perlindungan liabiliti orang awam. Perlindungan ini berkonsepkan takaful yang mematuhi syariah agama Islam. 


2) Apakah perlindungan asas yang terkandung dalam Pelan PruBSN Takaful Rumahku? 
- Kebakaran, petir dan kilat. 
- Limpahan air dari saluran paip atau tangki air. 
- Banjir dan hujan ribut. 
- Kecurian / kes pecah rumah / pencerobohan masuk dengan kekerasan atau tanpa kekerasan. 
- Tanah runtuh dan pemendapan tanah. 

3) Apakah perkara-perkara yang dikecualikan dan tidak dilindungi dalam pelan ini? 
- Kerosakan dan kerugian disebabkan peperangan dan pemberontakan. 
- Arahan pengambilalihan atau pemusnahan atas perintah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. 
- Pancaran ion atau bahan nuklear yang menyebabkan pencemaran radioaktif. 
- Kebakaran spontan disebabkan oleh kepanasan semulajadi atau sebarang proses pengeringan. 
- Angin ribut, taufan dan hujan ribut semasa bangunan dalam pembinaan semula dan kerja baik pulih. 

4) Apakah kelayakan untuk saya menyertai pelan PruBSN Takaful Rumahku ini? 
- Jika anda adalah pemilik sah bagi bangunan yang dilindungi, maka anda layak menyertai pelan ini. 

5) Berapakah jangka masa perlindungan yang diberikan oleh PruBSN Takaful Rumahku? 
- Tempoh perlindungan adalah selama setahun (12 bulan) dan boleh diperbaharui setiap tahun. 

6) Berapakah amaun yang perlu dibayar untuk menyertai pelan PruBSN Takaful Rumahku? 
- Sumbangan anda tertakluk kepada jenis bangunan, jumlah dan tahap amaun perlindungan. Selain dari itu, peserta diminta membayar duti setem sebanyak RM10. Peserta hanya perlu membayar sekali sahaja untuk mendapatkan perlindungan sepanjang tahun. 

7) Adakah pelan PruBSN Takaful Rumahku melindungi harta persendirian dan barangan isi rumah peserta? 
- Ya. Peserta boleh mendapatkan perlindungan untuk barangan isi rumah yang rosak atau dicuri. Perlindungan ini meliputi barangan kemas, emas dan perak, barangan platinum, permata, jam tangan mewah dan pakaian berbulu. 

8) Bolehkah saya mendapatkan perlindungan untuk kecurian isi rumah yang dilakukan oleh orang gaji/pembantu rumah asing 
- Ya, sudah semestinya. 


No comments:

Post a Comment

Medical Card.

MEDIKAL KAD UNTUK BIL HOSPITAL ANDA. Di pru bsn takaful kami menyediakan plan medical card sehingga 4 juta perlindungan unt bayaran bil...