Friday, August 5, 2016

Jom Hibah Dalam Takaful

Konsep Hibah : 
Pemilikan harta yang sah dari segi syarak, ia berkait rapat dengan wasiat.
Pemberian harta yang dimiliki oleh pemilik harta kepada seseorang semasa hayatnya
Dilakukan secara sukarela tanpa mengharap balasan.
Hibah dalam Takaful 
Manfaat takaful (jumlah hibah) boleh dihibahkan berdasarkan pilihan mereka, dimana ia merupakan hak hak pencarum takaful selagi mana ia tidak bertentangan dengan shariah.
Kebaikan takaful
1. Penerima Hibah boleh ditentukan.
Pemberi hibah menentukan kepada siapa harta dan jumlahnya yang hendak dihibah setelah beliau meninggal dunia. 100% jumlah tersebut akan disalurkan kepada penerima. Ini dapat membantu penerima dari segi kedudukan ekonomi dan keperluan waris waris semasa ketiadaan.
2. Konflik perebutan harta. 
Mengelakan konflik perebutan harta yang mungkin melibatkan anak dibawah umur, anak angkat, golongan yang terdiri daripada anak perempuan sahaja. Ketiadaan waris, dan ketidak puas hati tentang pembahagian harta dibawah hukum faraid.
3. Pembahagian berkesan.
Pembahagian harta yang berkesan tanpa masalah daripada pihak pentadbir harta, tidak boleh dinafikan oleh mana mana pihak institusi kewangan, adik beradik, atau ahli keluarga yang tidak tersenarai sebagai penerima hibah, jesteru harta dan jumlah hibah tidak boleh dibekukan oleh mana-mana pihak.
4. Tiada had jumlah. 
Kadar pemberian hibah adalah tidak mempunyai had jumlahnya tertentu. Berbanding dengan wasiat dimana hanya 1/3 harta pusaka boleh diwasiatkan dan selebihnya dibahagi mengikut faraid.
5. Pantas. 
Process penerimaan hibah yang pantas, berbanding dengan konsep faraid dan konsep wasiat.




Person with greats taste like yours, value a Takaful agent like me !
========================================
Zulkhairi | Muqmeen Group
Takaful Pru-BSN Consultant (Full Time)
Phone : 016-4055789
Email : zulkhairi.pru@gmail.com
Area :
Kuala Lumpur
Selangor

No comments:

Post a Comment

Medical Card.

MEDIKAL KAD UNTUK BIL HOSPITAL ANDA. Di pru bsn takaful kami menyediakan plan medical card sehingga 4 juta perlindungan unt bayaran bil...