Monday, October 24, 2016

Waris pecah amanah Duka Duke.

Kes viral : DUKA DUKE, yang menceritakan pak sedara pecah amanah wang sumbangan RM300,000, dan dengan alasan wang itu ialah dalam account beliau, hak beliau.
Mengikut cerita, keluarga pihak arwah ibu mangsa anak yatim mendapat RM50,000 wang insurance arwah ibu mereka dan senyap begitu sahaja tanpa menghulurkan belanja kepada penjaga anak yatim.
Sejauh mana kebenaran kes ini saya tidak pasti.
Kita ambil aktibar atas cerita ini.
1. Wang yang kategori konsep HIBAH tidak boleh dicabar mana mana pihak termasuk AMANAH RAYA BERHAD, dan mana mana institusi pemegang amanah.
2. KWSP, simpanan bank melalui KONSEP FARAID, bukan HIBAH.
3. Penerima HIBAH (contoh anak anak, suami/isteri, saudara-mara) akan mendapat wang Hibah tanpa melalui FARAID)

Credit kepada Suzila Zainuddin tentang case study dibawah
MARI KITA BACA KES BAWAH !!!
=============================================
Case Study :
IBU amik takaful. Penamaan diberikan 100% kepada ANAK yg berumur 6 tahun melalui HIBAH BERSYARAT.

#Method1
~~~~~~~~
Penerima Hibah : Anak (6 Tahun).
Penama (Pemegang Amanah) : Amanah Raya Berhad (atau mana mana hired Trustee)
Kematian Berlaku:
1. Duit dipegang oleh Trustee sehingga 18 tahun. Boleh Dikeluarkan setelah anak cecah 18 tahun.
ATAU
2. Penjaga sah ada SURAT TAKBIR KUASA, maka BOLEH dikeluarkan sedikit2 duit utk keperluan anak misalnya utk belanja beli baju sekolah, bayar van sekolah, yuran peperiksaan dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh Trustee.

#Method2
~~~~~~~~
Penerima Hibah : Anak (6 Tahun).
Penama (Pemegang Amanah) : TIADA
Surviving Parent : TIADA
Kematian Berlaku:
1. Penjaga sah ada SURAT TAKBIR KUASA, maka BOLEH membuat tuntutan kepada PruBSN dengan SYARAT ada SURAT TADBIR KUASA (LA) atau GRANT OF PROBATE serta amount pampasan tidak melebihi RM50,000.
Sekiranya melebihi RM50,000
2. Wang hibah akan diserahkan kepada Trustee iaitu Amanah Raya Berhad. kena tunggu umur 18 tahun ATAU berbalik mcm Senario 1, legal guardian dengan SURAT TADBIR KUASA maka BOLEH keluarkan sikit2 duit tu utk belanja keperluan anak.

#Method3
~~~~~~~~
Penerima Hibah : Anak (6 Tahun).
Penama (Pemegang Amanah) : TIADA
Surviving Parent : ADA (Bapa kandung)
Kematian Berlaku: Wang akan pergi kepada SURVIVING PARENT (dalam kes ni kepada bapa sekiranya masih hidup)

Nota:
1. Hanya terpakai untuk pemegang sijil PruBSN.
2. Hibah tidak akan melalui process FARAID. Tiada nisbah pembahagian.

No comments:

Post a Comment

Medical Card.

MEDIKAL KAD UNTUK BIL HOSPITAL ANDA. Di pru bsn takaful kami menyediakan plan medical card sehingga 4 juta perlindungan unt bayaran bil...